NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hab Digital Terengganu Beroperasi Selepas Siap Ubah Suai


Oleh Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Hab Digital Terengganu, TD1303 akan beroperasi sepenuhnya apabila proses mengubah suai tingkat tiga dan empat premis itu siap tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ruang yang beroperasi dan disediakan kepada orang ramai di tingkat satu bangunan itu sudah penuh.

Katanya, ruang untuk seminar di tingkat bawah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

"Hab Digital TD1303 Ahamdulillah sekarang ini dari segi operasi 70 peratus.Contohnya kita ada empat bilik (pejabat), bilik yang disewa penuh. Permintaan sangat tinggi," ujarnya.


Menurut beliau, ruang di tingkat bawah yang dikhususkan untuk penganjuran acara menjadi tumpuan pemain teknologi maklumat (IT) terutamanya pada hujung minggu.

"Kemudian kita ada empat bilik seminar pun permintaan sangat tinggi terutama hujung minggu. Kita ada tempat pejabat yang personal, satu-satu (ruang) pun mendapat sambutan yang sangat baik.

"Ribuanlah yang telah melanggan (ruang premis ) jadi itu perkembangan terbaru TD1303," jelasnya.

Menurutnya, TD1303 ialah satu projek usahasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM12 juta

Kewujudan hab digital itu bakal membawa trend kerja terbaru bagi golongan usahawan muda negeri ini untuk menjalankan perniagaan secara digital dan atas talian (online).

Pusat IT tersebut dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada Mei lalu.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/01/hab-digital-terengganu-beroperasi.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo