Pasca Perhimpunan ICERD: Apa Selepas Ini?


Oleh Mohd Puad Zarkashi

9 Disember 2018

Masih ramai yang berpolemik mengenai jumlah kehadiran di Perhimpunan Bantah ICERD semalam. Memang itu penting dari segi perang saraf.

Sebab itu RTM dan TV3 juga cuba bermain angka untuk downgrade perhimpunan semalam. Usaha mereka itu gagal kerana kuasa media sosial lebih kuat daripada media konvensional.

Apapun lautan putih yang menutupi setiap ruang jalan di sekeliling Dataran Merdeka sebenarnya sudah memadai untuk menyimpulkan rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan 7 bulan PH.

Menjadi persoalan, apakah budaya politik demokrasi di Maysia benar benar berubah? Perhimpunan semalam banyak menjawab persoalan tersebut.

Ada yang mendakwa, kejayaan perhimpunan semalam adalah kejayaan yang diasaskan oleh reformasi zaman Anwar. Reformasi tersebut telah ditiru oleh BERSIH dan perhimpunan semalam semakin menyuburkan demokrasi yang diasaskan oleh Reformasi Anwar.

Tetapi sebahagian besar yang mendokong reformasi Anwar kini berada di tampuk kuasa. Wan Azizah adalah TPM. Ramai yang menjadi Menteri. Persoalannya kenapa rakyat bangkit berhimpun di jalan raya semalam?

Itu bermakna rakyat muak dan bosan dengan slogan. Cita rasa rakyat cepat berubah. Kerajaan hari ini masih berbulan madu dan complacent dengan kemenangan. Tun M dan teamnya pasti terkejut kerana baru 7 bulan, rakyat telah kembali ke jalan raya.

Selepas mendapat mandat dari rakyat, Kerajaan PH berterusan menggunakan pendekatan lama untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah lebih baik daripada kerajaan terdahulu. Dalam tempoh 7 bulan Kerajaan PH telah menggunakan pendekatan lama berikut;

1. Menyalahkan kerajaan BN untuk menutup kelemahan sendiri
2. Mengulang ulangi dakwaan sampai rakyat percaya
3. Budaya mencari alasan untuk melakukan diversion
4. Membuat pendedahan separuh masak terhadap kesalahan kerajaan lalu
5. Membuat u-turn terhadap beberapa keputusan yang telah dibuat

Ternyata rakyat menolak pendekatan tersebut. Sebab itu rakyat keluar ke jalan raya dan memberikan isyarat jelas bahawa kerajaan pada hari ini tidak perform.

Jadi isu ICERD hanyalah pencetus semata-mata. Perhimpunan semalam sebenarnya menyelongkar banyak perkara yang rakyat tidak berpuas hati. Walaupun Kerajaan menyatakan tidak akan meratifikasikan ICERD. Tetapi perhimpunan itu tetap diteruskan dan mendapat sambutan luar biasa.

Dengan kata lain di masa akan datang rakyat tidak akan bulan-bulat lagi percaya kepada “janji politik dan manifesto”.

Mereka serik dengan kemunafikan pemerintah.

Ternyata peranan media sosial kekal penting dalam budaya politik demokrasi di Malaysia. Gambar dan video digunakan dalam peperangan persepsi mengenai jumlah kehadiran di perhimpunan semalam.

Bahkan arahan mengenai adab, tingkat laku dan pergerakan perhimpunan tersebar luas melalui media sosial. Itu satu faktor perhimpunan semalam berjalan lancar, tiada rusuhan dan terkawal.

Apa yang signifikan ialah dominasi kehadiran hampir 70 peratus anak muda semalam memang luar biasa. Ia juga menjadi isyarat keras kepada Kerajaan PH, bahawa jika mereka masih mahu mengeksploitasiintelligent anak muda, ia adalah silap.

Bagi UMNO-PAS mungkin mereka lega kerana keserasian politik antara keduanya semakin terbina. Tetapi UMNO-PAS tidak boleh terperangkap dengan keyakinan palsu.

Kini terletak di bahu mereka untuk bergabung sebagai blok Pembangkang yang kuat, berkredibiliti dan efektif. Jika ini berjaya UMNO-PAS akan menjadi penyumbang kepada proses penyuburan demokrasi di Malaysia. Blok ini juga mesti disertai oleh NGO-NGO dan pertubuhan bukan Melayu.

Dengan kata lain UMNO-PAS sebagai parti akar umbi wajar memimpin kebangkitan rakyat sebelum menjelang PRU ke-15.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget