Hamas tolak keputusan mahkamah bubar Parlimen



GAZA, 18 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) hari ini menolak keputusan Mahkamah Perlembagaan yang membubarkan Majlis Perundangan Palestin (PLC) serta merta, sambil menegaskan bahawa Parlimen akan kekal sehingga orang baharu dipilih.

PLC yang dianggotai 132 anggota Parlimen itu tidak lagi berfungsi berikutan perpecahan antara Hamas dan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) pada 2007, selepas pilihan raya Parlimen diadakan pada 2006.

Pada mesyuarat diadakan di Ibu Pejabat PLC di Gaza, anggota majlis kepemimpinan Hamas, Ahmed Bahr menyifatkan keputusan mahkamah untuk membubarkan PLC sebagai cubaan menafikan hak majoriti iaitu Hamas dan merampas keputusan rakyat Palestin.

"Mahkamah Perlembagaan tidak mempunyai hak perundangan," katanya sambil menegaskan akan mendesak diadakan pilihan raya presiden dan Parlimen, serentak dengan pemilihan Majlis Kebangsaan Palestin – badan yang menyediakan polisi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga menuduh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas cuba mengawal semua institusi.

"Dia tidak mahu ada sesiapa pun yang mencabar keputusannya," kata Bahr.

Sabtu lalu, Abbas berikrar akan melaksanakan keputusan mahkamah membubarkan PLC dan mengadakan pilihan raya Parlimen dalam tempoh enam bulan.

Pada hari sama, Hamas menuduh Abbas cuba meletakkan agenda peribadi dengan memecahkan sistem politik Palestin, menamatkan pluralisme politik dan memusnahkan institusi perundangan negara. – Agensi

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget