Nazri kini 'diplomat' BN


Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kini merupakan setiausaha agung BN yang baru.


Ahmad Zahid mendedahkan perkara itu ketika berucap di Perhimpunan Agung MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, Nazri ditugaskan untuk berjumpa pihak yang berpotensi menyertai BN.

"Kami serahkan mandat kepada Nazri yang dikenali sebagai 'chief' (ketua). Tugas beliau adalah berjumpa sesiapa sahaja agar memperkuatkan lagi gagasan pembangkang ini.

"Saya akan menghubungi setiap anggota BN secara peribadi untuk mendapatkan pendapat mereka. Saya bukan jenis bekerja sendiri. Kita akan bekerja sebagai kumpulan," katanya lagi.

Ketika dihubungi, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu tiga bulan lalu.

"Kita tidak pernah umumkan, tapi sekarang ada majlis, kita umumkan lah.


"Saya kini diplomat," katanya sambil tertawa dan mengulangi bahawa tugasnya untuk mendekati semua parti pembangkang.

Nazri juga berkata bahawa hala tuju BN adalah untuk menubuhkan kerajaan sama ada pada pilihan raya umum akan datang atau sebelum itu.

Nazri mengambil alih jawatan itu dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memegang jawatannya sejak 2009.

Zahid sebelum ini dilaporkan menawarkan jawatan itu kepada Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, namun ditolak.



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget