NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tabung Haji lantik Ahli Lembaga yang baharu


KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, dilantik sebagai ahli lembaga Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH).

TH, dalam pengumuman menerusi laman webnya berkata pelantikan Abu Talib berkuat kuasa pada 10 Ogos, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Prof Dr Ashraf Md Hashim.

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Wakil Perbendaharaan untuk TH mulai 10 Ogos. Beliau ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Abu Talib kini mengetuai Jawatankuasa Khas mengenai 1Malaysia Development Bhd, manakala Zaiton ialah Pengarah Bank Islam, Sime Darby Plantations Bhd dan Dolphin International Bhd.

Ashraf pula berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia.

-- BERNAMA


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo