NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan : Pembangkang diberi peruntukan


KOTA BHARU: Peranan pembangkang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin setelah berlaku perubahan kerajaan di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Dato' Abdullah Ya'kob berkata, pembangkang di Kelantan seperti kehilangan bapa kerana mereka tiada lagi peruntukan selepas kerajaan bertukar tangan.

Oleh itu katanya kerajaan Kelantan bercadang memberi sedikit peruntukan kepada pembangkang.

"Hasrat itu masih lagi dalam perbincangan yang merupakan keistimewaan yang kita akan berikan kepada pembangkang," katanya pada taklimat kepada rombongan Speaker Dun Terengganu, Yahaya Ali di Kota Darulnaim hari ini.

Seramai 25 pegawai dan kakitangan Pejabat Dun Terengganu mengadakan lawatan kerja ke Kelantan selama dua hari.

Rombongan tersebut turut dibawa melawat sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun). Hadir sama Timbalan Speaker, Dato' Abdul Fattah Mahmood.

Yahaya pula berkata, peranan pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) di Terengganu juga perlu diperkasakan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo