Harga Gula Turun 10 Sen


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penurunan harga gula bertapis sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram, berkuat kuasa 1 September ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata dengan penurunan ini, pengguna akan menikmati harga kawalan gula bertapis yang baharu iaitu RM2.85 sekilogram bagi gula pasir kasar dan RM2.95 sekilogram bagi gula pasir halus.

Katanya, langkah penurunan harga itu juga selari dengan tren harga gula mentah di pasaran.

“Seperti sedia maklum, gula adalah barang kawalan yang dikawal bekalan dan harganya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan dijual pada harga terkawal.

“Kali terakhir harga kawalan gula bertapis ini disemak pada 1 Mac tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KPDNHEP di Putarajaya, pada Isnin.

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget