Royalti: Kerajaan Persekutuan Tidak Tunai Janji?




1. Saya meneliti jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam sesi soal jawab lisan semalam mengenai isu royalti minyak. Pihak Menteri menegaskan bahawa janji 20 peratus royalti adalah berasaskan keuntungan dan bukannya berasaskan pengeluaran sepertimana difahami. Pendirian ini adalah selari dengan apa yang disebut oleh Perdana Menteri sebelum ini. 

2. Kenyataan ini sesungguhnya amat mendukacitakan rakyat di negeri-negeri pengeluar petroleum kerana ia bertentangan dengan janji manifesto PH pada Pilihanraya yang lalu iaitu;

"Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil" (mukasurat 21).

3. Jelas dalam kenyataan manifesto di atas merujuk kepada hasil petroleum, bukannya keuntungan. Perkara ini juga dinyatakan dalam Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petroliam Nasional Berhad pada 9 Mei 1975 yang menyatakan pada fasal (1):

"PETRONAS shall make to the GOVERNMENT cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalence of 5 % of the value of the petroleum won and saved in Kelantan and sold by PETRONAS or its agents or contractors during the period provided in Clause 2".

4. Malah, jawapan Perdana Menteri merujuk kepada Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 12 November 1975 juga menjelaskan bahawa royalti dibayar berdasarkan "nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi di negeri-negeri masing-masing". 

5. Berdasarkan justifikasi yang dinyatakan, saya berpendirian jelas bahawa royalti adalah pembayaran wang tunai berdasarkan kepada pengeluaran (gross production). Ini juga konsisten dengan maksud asal royalti itu sendiri, berbeza dengan nama dividen dan sebagainya. Namun, pendirian kerajaan selepas memenangi pilihanraya adalah berbeza dari manifestonya. Sekali lagi rakyat tertipu. 

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”

YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi
Ahli Parlimen Tumpat. 
26 Julai 2018 bersamaan 13
Zulkaedah 1439H

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget