PPIM masih terima aduan...



Oleh: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
10 JUN 2018

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), masih menerima aduan berhubung kenaikkan harga barang sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, bagaimanapun bentuk aduan kali ini agak berbeza seperti sebelum ini.


"Ada terima aduan harga barang naik, cuma kali ini aduan lebih kepada isu GST sifar tetapi harga barang masih menggunakan harga lama," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berkenaan aduan diterima sepanjang bulan puasa kali ini.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, dalam usaha membantu pengguna, PPIM sendiri mengambil inisiatif menjual barangan keperluan dengan harga berpatutan.

"PPIM sejak beberapa minggu ini kita atur pengedaran barangan seperti ikan, ayam untuk diedarkan ikut harga misalnya RM5 sekilo untuk ikan kembung dan ayam RM10 seekor," katanya.

Dalam pada itu menyentuh mengenai isu kepenggunaan, Nadzim turut menasihatkan agar pengguna turut berubah dan menjadi pengguna yang bijak.

"Pengguna tak boleh harap kerajaan pengguna kena ada inisiatif sendiri seperti tanam sayuran sendiri," katanya. - SINAR HARIAN

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget