Musa Aman akan muncul di Sidang Khas Dun Sabah 11 Jun?




WARTAWAN SINAR HARIAN
10 JUN 2018

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah dijangka menyaksikan satu usul menyokong pelantikan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dibentangkan Isnin ini.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman menjelaskan, langkah itu penting bagi memastikan pengesahan rasmi dapat dilakukan bagi mengukuhkan kerajaan baharu Sabah yang dipilih melalui suara demokrasi rakyat.

"Saya rasa apa yang bakal dibincangkan nanti adalah memberi pernyataan secara rasmi pengukuhan kerajaan baru Sabah. Kemelut yang berlaku selepas pelantikan Tan Sri Musa Aman dan membawa pula kepada pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya sudah pasti ia akan bakal dilakukan pada Isnin ini. Paling utama ialah untuk memberikan satu endorsement atau pengesahan untuk memperlihatkan sokongan masyarakat kepada Datuk Seri Shafie Apdal adalah satu sokongan yang kukuh," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak dapat meramalkan sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan muncul atau tidak pada sidang khas berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan tiada kekecohan akan berlaku jika bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman muncul pada Sidang Khas Dun Sabah nanti.

"Mungkin dijangka wujudnya persoalan siapa Ketua Menteri Sabah yang sebenarnya, namun itu suatu yang tidak akan dibincangkan dalam dewan. Sebenarnya ia terkait dengan soal perundangan dan sebagainya. Bagaimanapun saya jangka tidak akan berlaku kekecohan," jelasnya lagi.

Kali terakhir kelibat Pengerusi Umno Sabah dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu dilihat ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dipercayai untuk berlepas ke Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu. - Astro Awani
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget