Kedah: Debaran menanti siding Dun pada 4 Julai...



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin proses pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 4 Julai ini akan berlangsung tanpa masalah selepas kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah telah mengadakan pertemuan dengan pihak pembangkang, lapor agensi berita nasional.

"Saya yakin proses pelantikan speaker ini akan berlangsung tanpa masalah walaupun ada komen daripada pemimpin PAS dan Umno yang mengatakan seolah-olah isu tersebut masih belum selesai.

"Saya juga harap pembangkang terima calon yang dipilih oleh HARAPAN negeri," katanya seperti dipetik Bernama.

Beliau juga berkata rakyat tidak berminat dengan pilihan raya negeri (PRN) tetapi tidak menolak kemungkinan PRN jika terpaksa.

"Berhubung kemungkinan berlaku pilihan raya negeri (PRN)… saya tidak rasa rakyat berminat kerana penat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) masih belum hilang. Tapi kalau terpaksa lakukan PRN juga, kita bersedia," katanya.

'Kebuloq kuasa'

Pada 24 Jun lalu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata PAS menyifatkan cadangannya menubuhkan kerajaan perpaduan di Kedah bukan kerana parti itu 'kebuloq' mahu menempatkan diri dalam politik kuasa.

Beliau merujuk kenyataan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar sebelumnya yang menyindir konsep perpaduan anjuran PAS dan menyelarnya sebagai usaha 'untuk menempatkan PAS dalam politik kuasa'.

"Tapi bila PAS berkuasa penuh seperti di Kelantan dan Terengganu tak berbunyi pula tawaran bina kerajaan perpaduan kepada pembangkang di sana," kata Anggota Parlimen Pokok Sena itu.

Sanusi juga berkata PAS tidak gentar untuk menghadapi PRN, selain bersiap untuk bertanding dalam sidang dewan bagi pelantikan speaker dan siap menerima apa sahaja keputusan pengundian nanti.

"HARAPAN sebetulnya gelabah dengan membuat andaian bahawa PAS akan menggulingkan kerajaan dengan kelebihan undi yang ada pada Speaker Dewan," katanya.

HARAPAN memenangi 18 kerusi DUN daripada 36 kerusi, manakala PAS dan BN masing-masing memiliki 15 dan 3 kerusi.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget