Jangan sesekali pertikai hak Melayu Bumiputera

oleh: MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY



KUALA LUMPUR - Institut Kerjasama Islam Malaysia (Ikiam) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mahu pihak yang menuntut hak sama rata termasuk kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum supaya menghormati perlembagaan negara.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihak tersebut sepatutnya tidak mempertikaikan hak orang Melayu Bumiputera dan mencabar kedaulatan agama Islam di negara ini.


"Mereka cuba minta apa yang ada pada orang Melayu disamaratakan selain mempertikaikan institusi Islam di negara ini seperti Jakim dan sebagainya.

"Hari ini NGO Islam dan Melayu menasihati mereka supaya jangan cuba bermain dengan api, semangat perkauman dan sentimen agama," katanya dalam sidang media bersama 40 NGO Melayu Islam.

Sebelum ini, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf 2.0) supaya kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum.

Malah, ada juga cadangan daripada sesetangah pihak yang mendesak supaya Jakim dihapuskan secepat mungkin, kononnya demi kesejahteraan negara.

Sementara itu, beliau yang juga Setiausaha BN Perlis mahu kerajaan berlalu adil dengan turut sama menangkap pemimpin yang melakukan rasuah bukan sahaja dari parti pembangkan tetapi turut sama daripada Pakatan Harapan (Harapan).

"Kami mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang bertungkus lumus menangkap pemimpin yang melakukan rasuah.

"Tetapi, kami harap usaha itu turut diperluaskan kepada pemimpin kerajaan. Ada pemimpin dari Harapan yang turut ada kes rasuah tetapi kes beliau dikatakan akan digugurkan malah diberikan jawatan dalam kerajaan,"katanya. - SINAR HARIAN
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget