Isteri Netanyahu didakwa menipu



PEGUAM Negara Israel, Avichai Mandelblit mengemukakan pendakwaan terhadap isteri Perdana Menteri, Sara Netanyahu atas tuduhan melakukan penipuan secara keterlaluan dan pecah amanah.

Perkembangan dalam kes yang dipanggil 'Skandal Makanan Siap' yang membabitkan isteri Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menggemparkan negara itu, lapor akhbar The Jerusalem Post, hari ini.

Dalam skandal itu, pendakwa menuduh bahawa mulai September 2010 hingga Mac 2013, Sara Netanyahu bertindak bersama Timbalan Ketua Pengarah di Pejabat Perdana Menteri ketika itu, Ezra Seidoff, untuk menipu ketika memohon bayaran upah tukang masak yang dikatakan mereka tidak ada meskipun memang ada seseorang bertugas sebagai tukang masak.

Sara dan Ezra membuat tuntutan palsu yang bercanggah dengan peraturan rasmi. Kedua-dua mereka berharap dapat pembiayaan bagi khidmat tukang masak selain untuk membolehkan penghantaran makanan.

Pada 1977, Leah Rabin hampir dikenakan hukuman atas skandal menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Yitzhak Rabin meletak jawatan kerana isu yang menyelubungi isterinya.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget