NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak sokong calon tangkap muat

0

TANJUNG MALIM - Jika sebelum ini, Bersatu Bahagian Kuala Kangsar menolak calon ‘payung terjun’ PKR untuk bertanding di Dun Manong, kini Bersatu Bahagian Tanjung Malim pula mengambil tindakan sama.

Bekas Timbalan Bersatu Bahagian Tanjung Malim, Hazvee Hafiz berkata, hampir 1000 ahli dan penyokong parti itu hilang kepercayaan terhadap gabungan pembangkang PKR apabila meletakkan calon luar yang tidak dikenali untuk bertanding di Dun Slim.

Katanya, tindakan memilih calon ‘tangkap muat’ itu amat mengecewakan dan seolah-olah Bersatu tidak mempunyai pemimpin berkaliber yang terdiri daripada anak tempatan kawasan itu.

“Calon Dun Slim, Mohd Amran Ibrahim  ini bukan sahaja tidak dikenali malah kami tidak tahu asal usulnya dan tidak kenal wajahnya. Apa yang dimaklumkan dia memang tidak bergaul dengan masyarakat.

“Kalau begini calonnya, saya yakin pembangkang tidak akan menang di Tanjung Malim.

Bagaimana calon seperti ini yang kononnya berjuang untuk rakyat sedangkan pengundi sendiri tidak kenal dia?,” katanya dalam sidang akhbar di Taman Pertama semalam.

Hazvee mendakwa jika calon itu menang, dia akan menghilangkan diri dan mereka hanya mahukan jawatan dan kuasa dengan memperkudakan pengundi di sini.

Katanya, pihaknya menolak dan tidak menyokong calon seperti ini sebagai untuk Dun Slim.

Menurutnya, yang juga pengasas Bersatu Bahagian Tanjung Malim mendakwa, meskipun tempoh berkempen telah masuk hari keempat, namun tiada sebarang persiapan dilakukan sehinggakan gambar calon yang sepatutnya digantung untuk publisiti masih belum siap.

Katanya, keadaan itu jelas menunjukkan Bersatu dan parti komponen lain dalam gabungan pembangkang Harapan tidak bekerjasama dan bergerak dalam satu pasukan meskipun menggunakan logo yang sama.

“Apabila Bersatu Perak membuat percaturan yang membimbangkan dan mengelirukan ini, kami mengambil keputusan sebulat suara untuk tidak menyokong mereka. Tiada perbincangan dengan pemimpin akar umbi tentang calon di sini.

“Oleh itu, kami mohon kepada pengundi khususnya di Tanjung Malim agar jangan terpedaya dengan janji mereka kerana kami telah faham sangat dengan permainan parti itu. Bersatu ini hanyalah sebuah parti yang mengharapkan kepada populariti Tun Mahathir,”

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/tak-sokong-calon-tangkap-muat-1.828994

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo