NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putrajaya: Ribuan sambut Mahathir, Nik Omar

0

PRU14 | Sejumlah 3,500 hadirin memenuhi kawasan tempat letak kereta Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya malam ini bagi menghadiri Ceramah Kebangkitan Rakyat yang menampilkan dua tumpuan utama kempen setakat ini - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Ia di sebalik hujan beberapa jam sebelumnya yang menjadikan tempat letak kereta itu basah dan berlumpur.

Ketibaan Nik Omar kira-kira pada jam 10 malam disambut laungan takbir oleh hadirin.

Mahathir pula tiba tidak lama kemudian.

Kebanyakan hadirin datang daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan, malah ada yang datang daripada Perak khusus untuk menyertai program ini.

"Anak sulung saya berkerja di Perbadanan Putrajaya, jadi kami datang dan tinggal di rumahnya di sini," kata seorang wanita separuh umur.

Bersamanya adalah anak kedua yang merupakan anggota polis.

Pegawai imigresen Yusof Yahya, 59 tahun, berkata kakitangan kerajaan akan berdepan masalah jika didapati hadir ke program pembangkang.

"Tetapi saya tidak peduli lagi, saya pun akan pencen tahun depan," katanya.

Sumber:
https://nadibumi.com/livenewss/news/115005/Ribuan-sambut-Mahathir-Nik-Omar-di-Putrajaya

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo