PAS ucap syabas

mengharapkan kerajaan baharu ini dapat meneruskan perkhidmatan terbaik untuk rakyat sepertimana dijanjikan sebelum pilihan raya lalu

PAS ucap syabas

IPOH – Pas Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Harapan dan syabas atas pelantikan Ahmad Faizal Azumu selaku menteri besar baharu bagi memimpin negeri ini.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan baharu ini dapat meneruskan perkhidmatan terbaik untuk rakyat sepertimana dijanjikan sebelum pilihan raya lalu.

Menurutnya, dalam memastikan kestabilan kerajaan, setiap wakil rakyat yang dipilih baik di pihak pembangkang mahupun kerajaan wajar dilayan sama rata.

“Setiap isu pembangunan rakyat perlu dibincangkan secara matang dengan menghormati setiap perbezaan pendapat.

"Janganlah sampai wujud situasi mencela sesama sendiri hingga tidak ada fokus untuk membawa masa depan rakyat,” katanya. ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Pada PRU14 ini, Pas Perak menang tiga kerusi Dewan Negeri iaitu Gunung Semanggol yang diwakili Razman sendiri, Selama (Mohd Akmal Kamaruddin) dan Kubu Gajah (Khalil Yahaya).

Mengulas lanjut beliau berharap, kerajaan baharu ini boleh menjadikan kerajaan perpaduan sepertimana ditawarkan Pas sebelum ini sebagai model pemerintahan.

“Semua ahli Dewan Negeri boleh memberikan idea untuk pembangunan, ini pasti memberikan corak politik yang lebih sihat,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/pas-ucap-syabas-1.834445
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget