NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

N9: Aminuddin pegang lima portfolio









SARINAH MAT KASIM




25 MEI 2018





FacebookTwitterWhatsAppEmailMore12.3K


SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun akan menjaga lima portfolio bagi membantu melancarkan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Jawatan yang dipegangnya adalah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kewangan; Tanah dan Sumber Alam; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan; dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam.


Menurut Aminuddin, meskipun di peringkat Kerajaan Pusat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad tidak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, tetapi situasi itu berbeza.

Katanya, pengurusan kewangan di peringkat negeri berskala kecil dan pihaknya yakin dapat mengendalikan urusan kewangan dengan sempurna.

Beliau berkata kerajaan negeri mungkin akan memohon peruntukan tambahan untuk Adun yang baru dilantik, bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Aminuddin memberitahu sebanyak 80 peratus peruntukkan Adun dan exco telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri terdahulu dalam tempoh empat bulan pertama.

"Baki untuk kegunaan Adun dan exco baru sekarang ini sedikit, lebih kurang RM1 ke RM2 juta sahaja.

Aminuddin berkata untuk tahun ini, setiap Adun diperuntukkan bajet RM350,000 dan bagi mereka yang memegang jawatan exco, sebanyak RM400,000 diperuntukkan seorang.

Namun katanya, bonus penjawat seperti dijanji kerajaan terdahulu.

Katanya, sebaik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hasan memaklumkan Bahagian Kewangan mampu bayar bonus itu, maka pembayaran dibuat bagi persiapan Aidilfitri ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo