NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harapan Kit Siang HARAPAN menang 119 kerusi

0
calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri dibincangkan dalam majlis presiden dan diputuskan secara konsensus

Harapan Kit Siang HARAPAN menang 119 kerusi


PRU14 | Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berharap Pakatan Harapan (HARAPAN) akan meraih 119 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Rabu ini bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

"Saya harap kita boleh menang lebih separuh daripada 222 kerusi parlimen. Mungkin 119 kerusi.

"Sasaran kami adalah 120 kerusi Parlimen. Tetapi kami kehilangan Batu," kata veteran DAP itu kepada media Cina dalam satu wawancara di lapangan terbang Senai di Johor.

Naib Presiden PKR, Tian Chua hilang kelayakan daripada bertanding kerusi Batu pada hari penamaan calon 28 April lalu kerana dikenakan denda oleh mahkamah sebelum ini.

HARAPAN sejak itu mengisytiharkan sokongan terhadap calon bebas K Prabakaran,22 bertanding di kerusi tersebut.

Sementara itu, Lim masih yakin akan berlaku tsunami Melayu bagi menyingkirkan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kuasa.

"Adakah terdapat tsunami Melayu? Saya fikir ia berlaku. Persoalannya bolehkah gelombang ini meletus pada hari pengundian dan kemudiannya mengalahkan (pengerusi BN Datuk Seri) Najib Abdul Razak, Umno dan BN.

"Tidak dinafikan, ada tsunami Melayu. Saya harap dapat melihat tsunami Melayu, Cina, India. Sekiranya Sabah dan Sarawak mempunyai tsunami, ia lebih baik," katanya.

Lim yang pernah menjadi pengkritik Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bekas perdana menteri itu tidak akan memerintah secara kuku besi lagi sekiranya gabungan itu memenangi Putrajaya.

Keputusan secara konsensus


Beliau berkata, tidak seperti BN di mana Umno menguasai parti komponen lain, HARAPAN terdiri daripada empat rakan kongsi yang setara.

"Konsensus BN menipu rakyat. Di belah HARAPAN, calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri dibincangkan dalam majlis presiden dan diputuskan secara konsensus, "katanya.


Menurut Lim, Mahathir menyesuaikan diri dengan konsensus HARAPAN dan oleh itu, tidak ada ruang baginya memerintah dengan kuku besi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo