NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tsunami Hijau' Melanda Selangor- Sallehen




PAS Selangor mendakwa 'tsunami hijau' akan berlaku di negeri ini apabila ramai penyokong UMNO dan parti dalam Pakatan Harapan (PH) mula menyokong parti Islam itu.


Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehen Mukhyi berkata, ini kerana semakin banyak pihak mula selesa dengan perjuangan parti itu yang konsisten serta mengamalkan politik matang.

"PAS yakin akan menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekaligus menjadi 'king maker' di negeri ini.

"Kita akui 20 kerusi tidak cukup membentuk kerajaan, namun mungkin akan ada pihak atau parti yang memerlukan kerusi PAS bagi membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita di Sabak Bernam, pada Isnin.

Sallehen berkata, PAS turut yakin akan mendapat undi kaum Cina sekurang-kurangnya 10 peratus.
Sebelum ini, PAS Selangor mengumumkan akan bertanding di 47 daripada 56 kerusi DUN serta 20 daripada 22 Parlimen pada PRU- 14. - Watan 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo