Syahidnya Al Akh Fadi Mohammad Al Batsh Dan Intifadhah Pembebasan Al Quds



oleh: Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa

[21 APRIL 2018]

Hari ini Malaysia dan dunia dikejutkan dengan insiden pembunuhan _Dr.Fadi Mohammad AlBatsh_ seorang warga Palestin yang menetap di Malaysia dan bekerja sebagai pensyarah di universiti swasta. Beliau juga aktif menjadi aktivis dakwah isu Palestin di masjid masjid dan menjadi Imam jemputan sepanjang bulan Ramadan.

Dia dipercayai dibunuh secara terancang oleh pembunuh upahan di pagi hari ketika dalam perjalanan menunaikan solat subuh.

AsSyahid merupakan seorang pendakwah dan pejuang Palestin yang telah berjaya dengan cemerlang serta mempunyai sijil PHd dalam bidang tenaga eletrik. Malah beliau juga merupakan penerima anugerah tempat pertama daripada Yayasan Khazanah Malaysia pada tahun 2017.

Sejurus terbunuhnya Dr.Fadi, *rangkaian berita Israel* mengaitkan *kematian beliau sebagai salah seorang rangkaian Hamas* yang berjaya dihapuskan.

Pada tahun 2018, beberapa pembunuhan seumpama ini telah berlaku kepada warga Palestin yang berada di luar negara Arab . Insiden pembunuhan pejuang Palestin telah berlaku dalam jarak yang berdekatan iaitu pada 25 dan 28 Februari 2018, yang mana mangsa yang terbunuh adalah seorang warga Palestin lulusan PHd Kimia Fizik dan seorang lagi menghasilkan kajian tentang penaklukan Yahudi keatas ekonomi dunia. Keduanya terbunuh Perancis dan Ghana. Pada 25 Mac 2018, seorang wanita Palestin yang berkerja sebagai pakar dalam bidang Fizik pula menjadi mangsa pembunuhan.
Kebanyakan pembunuhan ini didalangi *agen Mossad atau Agensi Perisikan Yahudi Antarabangsa*.

Sehubungan itu, *Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia* mengucapkan takziah kepada keluarga AsSyahid dan seluruh warga Palestin yang berada di Malaysia dan saya menyifatkan kematian beliau sebagai mulia dan syahid di sisi Allah SAW.

Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia juga mengharapkan insiden ini membakar lagi semangat kepada warga Palestin untuk bangkit berjuang bersama intifadah jadidah dalam membebaskan bumi AlQuds dari cengkaman penceroboh Zionis.

Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia juga berasa kesal bumi Malaysia yang diharapkan tempat aman khasnya bagi pejuang pejuang kemanusiaan sejagat kini tercarit cahaya kedamaian dengan terbunuhnya seorang pejuang Palestin.

Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa adalah
Presiden Pertubuhan Cakna Palestin.

*#CaknaPalestin
Kemanusiaan Melangkaui Sempadan
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget