Para penyokong dengan beberapa bendera parti menunggu bersebelahan Tanah Perkuburan Marang itu seolah-olah sebagai simbolik kepada masa depan kesemua calon mereka yang bertanding di kerusi Parlimen Marang, DUN Rhu Rendang, Alur Limbat, Pengkalan Berangan dan Bukit Payung.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), gabungan pembangkang PKR diwakili oleh Dr. Zarawi Sulong (PAN) yang bertanding di kerusi Parlimen Marang dan juga kerusi DUN Rhu Rendang.

Mohd Dalizan Abdul Aziz (PAN) pula bertanding di kerusi Bukit Payung dan Aidil Ahmad (PPBM) kerusi Pengkalan Berangan manakala Ahmad Sabri Ali @Mamat (PKR) pula di kerusi Alur Limbat.-UTUSAN ONLINE