NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS sebagai King Maker



PAS SEBAGAI KING MAKER

"Parlimen ada 222 kerusi. PRU14 PAS bertanding 130 kerusi! Kalau kita menang 112 kerusi kita boleh perintah negara. Bila ada kuasa kita boleh buat apa yang kita nak buat. Kita boleh hapuskan GST. Kita boleh turunkan harga barang. Kita boleh hapuskan PTPTN. Serba serbi kita boleh buat.

Ataupun jika kita tak menang 112 kerusi. Kita menang 30 atau 40 kerusi. Kita jadi kuasa penentu. Surat khabar istilahkan kita sebagai King Maker. Orang lain nak bentuk kerajaan tak cukup kerusi. Terpaksa minta tolong kita. Masa tu kita boleh bagi semua syarat-syarat yang kita nak untuk kebaikan negara. Orang tanya dengan siapa kita nak bergabung jika kita menjadi King Maker? Kita jawab kita pilih siapa yang lebih pentingkan Islam!

Ataupun mereka berdua (BN dan PH) tak setuju dengan syarat kita. Mereka nak bentuk kerajaan bersama-sama. Tak apa. Kita boleh jadi pembangkang. Kita teruskan jadi pembangkang seperti sekarang!"

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang

Karnival Pilihanraya PAS Besut
13 April 2018, bersamaan 26 Rejab 1439H
Markas Besar Dun Jertih N03, Padang Luas, Jertih

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo