NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Dakwa Laporan Malaysiakini Tidak Benar



KUALA LUMPUR – PAS menafikan laporan portal berita pro-Pakatan Harapan bahawa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calon PAS di Kelantan. 

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Malik Ab Razak berkata, laporan portal berita Malaysiakini itu membuat kesimpulan yang salah dan tersasar berhubung kenyataan Abdul Hadi berhubung perkara itu. 

“Presiden PAS tidak pun menyebut akan mengekalkan baiah talak tiga di Kelantan pada PRU14. 

“Beliau hanya menyatakan secara umum bahawa baiah akan diteruskan dan soal talak tiga akan dilihat sebabnya secara khusus dan ia tidak tetap dan boleh berubah mengikut kesesuaian semasa,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Portal berita tersebut melaporkan Presiden PAS berkata partinya akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calonnya di Kelantan bagi memastikan tiada lagi peristiwa calon lompat parti. 

Abdul Malik memuat naik jawapan sebenar Presiden PAS ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto PAS Melaka di Dewan Muallim Bukit Katil, Melaka pada 9 April lalu: 

“Baiah diteruskan. Majlis Syura Ulama membuat keputusan baiah diteruskan. Baiah ini satu daripada syarat dalam politik Islam.Bahkan baiah ada penambahbaikan mengikut keadaan kesesuaian masa dan keadaan.” 

Namun bila ditanya mengenai talak tiga, Presiden PAS menjawab: “Itu berkait dengan sebab yang khusus di Kelantan. Itu bukan benda yang tetap, tidak. Dasar umumnya ialah baiah setia kepada dasar matlamat PAS, tak khianat.” 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo