MyPPP: Kayveas tidak diperlukan lagi ...

PRU14 l Susulan peletakan jawatan M Kayveas sebagai presiden MyPPP, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ada individu lain yang leboh layak memimpin parti itu.

Portal majlis ahli parlimen BN (BNBBC) memetik Tengku Adnan sebagai berkata, Kayveas tidak seharusnya bertegas untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands walaupun sudah maklum bahawa ianya milik MIC.

"Dia tetap mahu kerusi Cameron Highlands walaupun bukan sahaja saya tetapi Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dah cakap bahawa kerusi Cameron Highlands untuk MIC.

"Kalau dia keluar dari parti itu ada banyak lagi orang boleh terajui parti itu, ada banyak orang yang layak untuk terajui parti itu," katanya dipetik sebagai berkata kepada media selepas Majlis Penyerahan kunci rumah kepada komuniti India di Kampung Pandan.

Awal hari ini, Kayveas mengumumkan meletakkan jawatan dari MyPPP selepas hampir dua dekad memimpin parti itu.

Selain meletakkan jawatan sebagai presiden, Kayveas juga melepaskan jawatan sebagai penasihat MyPPP bagi negeri Perak dan pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pimpinan parti itu pada sidang media menjelaskan Kayveas sebaliknya dipecat selepas menerima surat daripada Tengku Adnan mengarahkan pendengaran disiplin ke atas Kayveas kerana membuat keputusan sendiri berhubung pengagihan kerusi.


Antara lain, Kayveas didakwa melepaskan empat kerusi di Cameron Highlands meskipun tidak mendapat kelulusan Najib.

Tengku Adnan juga berkata pimpinan BN sering mengingatkan parti komponen untuk saling menolong antara satu sama lain

"Saya telah berkata bahawa kita tidak mahu mana-mana parti komponen yang melemahkan di antara sesama komponen," katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget