NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanpa PAS, Pakatan Harapan akan gagal! Jangan perkecilkan PAS




Oleh: S Thayaparan, (Malaysia Kini, 21 Mac 2018)


Petugas politik dan penyokong pembangkang jangan perkecilkan PAS...

Idea bahawa PAS akan gagal dalam pilihan raya akan datang... boleh membawa bencana kepada Pakatan Harapan.

Sesetengah penganalisa pembangkang berfikir bahawa PAS akan tempang bila AMANAH lari tetapi fikiran saya berbeza...

AMANAH sedang bergelut untuk mendefinisikan dirinya sebagai sebuah parti Islam sederhana dan tunduk kepada blok kuasa politik lain dalam pembangkang.

PAS sedang menekankan “aib” orang buangan PAS yang terpaksa merayu pemegang kuasa “bongkak” bukan Melayu untuk (dapatkan) satu kerusi di meja (rundingan).

Dengan Mahathir menjadi kapten kapal Harapan, ini menghidupkan semula naratif lama yang sangat berkesan untuk PAS di masa lalu.

Adalah selalunya lebih mudah untuk percaya bahawa UMNO yang beralah bukan PAS yang diassimilasikan ke dalam UMNO.

Petugas dan penyokong pembangkang telah tidak berhati-hati di dalam retorik mereka terhadap masyarakat Melayu, yang memberikan manfaat kepada propaganda dalam PAS.

Orang ramai perkecilkan kebijaksanaan politik PAS.

Orang ramai perkecilkan perasaan masyarakat kelas pekerja Melayu yang PAS kini ada hubungan terus, terutamanya di kawasan bandar kerana PAS telah menjadi arus perdana.

Jenama Islam mereka telah dinormalkan di kawasan bandar dan mereka dengan itu boleh menunjukkan naratif bahawa PAS tidak boleh terlibat dalam mengendalikan negeri yang berjaya adalah mitos.

Ini bukan masa untuk membuang PAS.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo