P.Pinang : Pengerusi DAP jadi KM baru?

Chow Kon Yeow


GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi bayangan Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow menggantikannya jika beliau disabitkan kesalahan kes rasuah dihadapinya. 

“Kita akan lawan sampai habis. Kita tahu dia (Barisan Nasional) sasar saya. Kalau Lim Guan Eng tak ada, Chow Kon Yeow ada. Kita sedia korbankan diri kerana kita mahu selamatkan Malaysia,” katanya. 

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan 10 tahun parti itu menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di Padang Kota Lama lewat semalam. 

Turut hadir ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu. 

Perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon berhubung skandal pembelian banglo di bawah harga pasaran ditetapkan selama 23 hari bermula 26 Mac ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. 

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya dan isterinya sendiri, Betty Chew. 

Ia dilakukan dengan beliau bertindak meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian di sini kepada kawasan perumahan awam kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd. 

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri di menara Kompleks Tun Abdul Razak di sini pada 18 Julai 2014. 

Guan Eng juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan habuan bagi dirinya dengan beli sebuah rumah dari Phang berharga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai 2015. 

Phang, yang juga presiden Magnificent Emblem, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan ketua menteri itu bagi mendapatkan rumah untuk beliau (Guan Eng) di Jalan Pinhorn, dengan harga tidak sepadan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan. – BERNAMA
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget