NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lim Kit Siang pun ponteng Parlimen?





Apabila Lim Kit Siang Ponteng Sidang Semalam, Mengapa Sekalian Khadam PH Diam Membisu.?

1. Sejak semalam, begitu bersungguh sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan menyerang Tuan Guru Presiden PAS kerana ketidakhadiran YB Marang ketika Istiadat Perasmian Parlimen.
Mereka menuduh YB Marang kaki ponteng.

Untuk makluman semua, Lim Kit Siang, YB Gelang Patah yang merupakan Ketua Ahli Parlimen DAP pun tidak hadir ketika Istiadat Perasmian Parlimen semalam.

Buktinya. boleh lihat sendiri dalam rakaman siaran langsung RTM.
Kelihatan jelas dan nyata kekosongan kerusi di sebelah YB Permatang Pauh (Ketua Pembangkang)

2. Dalam keghairahan sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan menyerang Tuan Guru Presiden PAS, mereka terlupa memeriksa kehadiran Bos No 1 mereka, Lim Kit Siang yang juga tidak hadir rupanya.

Jadi, persoalan yang wajib kita tanyakan kepada mereka;

a) Adakah YB Marang sahaja yang bersalah kerana tidak hadir majlis perasmian.?
b) Mengapa tidak serang juga YB Gelang Patah yang merupakan pemimpin mereka sendiri.?

Untuk rekod tambahan, YB Gelang Patah juga merupakan antara yang tersenarai dalam 26 orang Ahli Parlimen PH yang 'ponteng berjemaah' ketika pengundian belah bahagi KPDNKK sidang hujung tahun 2017.

3. Oh, baru saya tahu rupanya hukumnya menjadi haram dan berdosa apabila ia melibatkan PAS tetapi jadi halal dan dibenarkan sekiranya pemimpin PH melakukan perkara yang sama.

Hakikatnya, sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan adalah 'walaun' dan taksub kepada Syeikh Lim Kit Siang kerana mereka menyucikan lagi memaksumkan pemimpin mereka daripada dosa.
Segala dalil dan dalih akan dipintal sesedap rasa bagi membenarkan perlakuan pemimpin PH.

4. Pasti akan ada juak dan khadam PH menjadi hulubalang membela Lim Kit Siang tidak hadir kerana dia masih cuti sakit kerana terjatuh dalam bilik air pada minggu lepas.
Oh, kalau dia sedang bercuti sakit, mengapa pula YB Gelang Patah muncul pula di Dewan pada sesi soal jawab lisan pada hari ini.?
YB Marang pun hadir ke dewan pada hari ini.
Jadi, adakah ia menjadi isu yang sangat besar untuk diratibkan siang-malam oleh sekalian juak dan khadam PH bagi menyerang PAS.?

5. Pesanan akhir khusus buat renungan sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan,peribahasa Melayu ada menyebut "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
Sebelum kamu galak hendak menyerang pemimpin PAS, lihat dan jenguklah dahulu pemimpin kamu sendiri terlebih dahulu.
Jangan kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
06 Mac 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215574338814906&id=1333302954

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo