NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lembah Pantai : PAS tawarkan pemimpin baru


KUALA LUMPUR 11 Mac - PAS bertanding di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semata-mata ingin menyelesaikan masalah rakyat yang sering tidak menemui sebarang jalan penyelesaian.

Calon PAS Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar berkata, isu-isu seperti pembangunan yang tidak terkawal dan masalah sosial yang membimbangkan mendorong PAS untuk bertanding di kawasan tersebut.

Katanya, masalah kepimpinan PKR ketika ini juga sedikit sebanyak menimbulkan keresahan sama ada pembangkang mampu untuk terus memerintah Lembah Pantai.

"Dengan masalah kepimpinan PKR, tidak nampak ada usaha membantu rakyat, sedangkan penduduk Lembah Pantai memerlukan pemimpin yang tahu masalah rakyat dan menambahbaik pembangunan sedia ada.

"Seperti di Bangsar South, seolah-olah tiada usaha untuk mengawal pembangunan, ini akan memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas, keperluan air dan elektrik serta masalah sosial. Lembah Pantai memerlukan suntikan baharu bagi mengembalikan keseimbangan di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis minum petang dan pelancaran jentera penerangan Pas kawasan Lembah Pantai di Bilik Gerakan Induk Pas Lembah Pantai, Bangsar, di sini hari ini. - 


© all rights reserved
made with by templateszoo