DAP parti tiada prinsip




KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan DAP sebagai parti tanpa prinsip perjuangan politik kerana kerap bertukar 'rakan' politik dalam gabungan pembangkang.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat khususnya masyarakat Cina di negara ini tidak boleh bergantung harap kepada parti itu dalam membela nasib mereka.

"Dalam ucapan saya tadi, saya tegaskan jangan ada apa-apa harapan kepada DAP. Komuniti Cina jangan bergantung harap pada DAP untuk perjuangkan masalah mereka.

"Kita tahu DAP mempermainkan apa juga isu dan sering menukar rakan (politik) daripada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kepada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad).

"Itulah DAP parti yang tidak ada prinsip, menggadaikan apa juga kepercayaan rakyat kepada mereka demi merampas kuasa," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan ulang tahun MCA yang ke-69 di Wisma MCA di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Tiong Lai berkata, DAP menggunakan apa juga taktik bagi kepentingan mereka termasuk dengan berselindung di sebalik slogan untuk selamatkan negara.

"Hakikatnya merekalah yang menggunakan apa juga cara untuk merampas kuasa, bukan mahu selamatkan negara tetapi demi agenda peribadi Lim Kit siang dan Lim Guan Eng," katanya.--BHarian













________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget