NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Non Malays & Non Muslim With PAS




Many believes that after PAS severed ties with DAP and PKR, it will not have support from the non Malays and non Muslim. With it firm stand in upholding Islamic principles and their effort to table Islamic laws to upgrade Syariah Laws which only applied to Muslim, PAS always seen as a non tolerance and going backward in time.

Not many are aware that in PAS there exist a non Malay & non Muslim wing called Dewan Himpunan Penyokong PAS (previously known as Kelab Penyokong PAS - PAS Supporters Club). Its members include ethnics of Chinese, Indian, Iban dan other races. A few of them voluntarily converted to Muslim but many are still devoted to their faith.

As part of the big family of PAS, their presence are always warmly welcomed by the crowd wherever they go. They do not just participate in political rallies and series of PAS promotion, in return PAS provide them with special classes with certification on basic Islamic understanding organized by Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM), a tertiary education institution under PAS. In the program, they get the first hand information about true teaching of Islam by the qualified lecturers, they openly discussed issues with regards to multiracial and multi religion from Islamic perspective and enhance their understanding on PAS and Islamic political principles. That is why many of them even more 'Istiqomah' (steadfast) then some of the Muslim members. They then become the agent to promote PAS. Furthermore, at leadership level, chief youth of DHPP is the Member of Meeting at national level.

PAS principles in managing DHPP can be summarized as follows:

1. PAS never discriminate its DHPP members and allow them to play their role effectively.

2. PAS never force DHPP members to embrace Islam but we encourage them to understand Islam

3. PAS do not just encourage DHPP to understand Islam, at the same time also motivate the PAS Muslim members to learn their DHPP comrades’ culture and belief to promote two-way understanding

4. PAS always safeguard the rights of other races as proven in the PAS's 27 years of experience in the Kelantan government

5. PAS's highest recognition to DHPP is when PAS allocate seats for DHPP in the election.

6. PAS always true to its purpose and not trying to hide the agenda of upholding Islam. As much as possible PAS always be transparent and open to any discussion on the minorities rights and expectation on PAS.

Thus, DHPP is truly a manifestation of PAS tolerance and celebrating differences which resembles our diverse community. PAS always belief in working together in harmony and be part of the solution to build a prosperous Malaysia. PAS with Islam as the core values assure the rights of the non Malays and non Muslim always be protected.


------------------------------------

BUKAN ISLAM DAN BUKAN MELAYU BERSAMA PAS

Ramai yang beranggapan apabila PAS tidak lagi bersama dengan DAP dan PKR, maka PAS tidak lagi mendapat sokongan daripada masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu. PAS dilihat seolah-olah menjadi sebuah parti yang ekstrim dan terkebelakang, khususnya apabila PAS kekal berpegang teguh dengan prinsip Islam yang sebenar serta sentiasa berusaha untuk menegakkan undang-undang Syariah yang hanya melibatkan masyarakat yang beragama Islam.

Tidak ramai yang menyedari bahawa terdapat sebuah dewan yang mengumpulkan ahli-ahli PAS yang bukan Islam dan bukan Melayu, yang dikenali dengan nama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS. Ahli-ahli dewan ini terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan etnik, antaranya Cina, India, Iban dan lain-lain. Sebahagiannya dengan rela hati telah memeluk agama Islam dan kebanyakkannya masih berpegang dengan ajaran agama masing-masing.

Sebagai sebahagian dari keluarga besar PAS, kehadiran mereka seringkali dialu-alukan di mana - mana program. Mereka bukan sahaja berperanan dalam program-program penerangan PAS, tetapi juga sebagai ahli, PAS menyediakan mereka dengan siri pengajian yang khusus dalam pengetahuan asas mengenai Islam, yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Zulkifli Mohammad (KUIZM), iaitu sebuah institusi pengajian tinggi di bawah kelolaan PAS. Mereka berpeluang untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai Islam secara langsung dari pensyarah - pensyarah yang bertauliah. Di sana, mereka boleh berbincang berkenaan pandangan Islam terhadap isu - isu yang melibatkan kepelbagaian kaum dan agama, disamping lebih memahami matlamat PAS dan juga prinsip politik Islam. Inilah yang menyebabkan ramai antara ahli DHPP yang lebih 'istiqomah' jika dibandingkan dengan sebahagian daripada ahli-ahli PAS yang beragama Islam. Dengan kefahaman yang mantap, mereka menjadi agen bagi mempromosikan PAS khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam. Tambahan pula, diperingkat kepimpinan, Ketua Pemuda DHPP adalah juga merupakan ahli mesyuarat di peringkat Dewan Pemuda PAS Pusat.

PAS meletakkan beberapa prinsip dalam menguruskan DHPP, yang boleh dirumuskan seperti berikut:

1. PAS tidak pernah mendiskriminasi ahli DHPP dan membenarkan mereka untuk memainkan peranan mereka sebagai ahli sebaiknya.

2. PAS tidak memaksa ahli DHPP untuk memeluk Islam, tetapi menggalakkan mereka untuk memahami Islam.

3. PAS tidak hanya menggalakkan ahli DHPP untuk memahami Islam, malah menggalakkan ahli PAS yang beragama Islam, untuk memahami adat resam dan budaya masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu, bagi mendapatkan lebih keharmonian bermasyarakat.

4. PAS akan mempertahankan hak kaum - kaum di Malaysia, seperti yang telah dibuktikan selama 27 tahun pemerintahan PAS di Kelantan.

5. PAS telah memberi pengiktirafan tertinggi kepada DHPP, dengan memperuntukkan kerusi bagi DHPP dalam pilihanraya

6. PAS sentiasa jelas dengan tujuan dan tidak pernah berselindung dengan agenda Islam. Kebanyakkan masa PAS sentiasa telus dan terbuka untuk berbincang berkenaan hak-hak minoriti dan harapan untuk PAS.

Kesimpulannya, DHPP merupakan manifestasi betapa PAS sangat bertoleransi serta menghormati kepelbagaian adat resam, budaya dan agama di kalangan masyarakat Malaysia. PAS sentiasa percaya, dengan bekerja bersama-sama dalam suasana yang harmoni, ia merupakan salah satu dari ramuan utama dalam membina Malaysia yang sejahtera. PAS yang menjadikan Islam sebagai teras utamanya, memberi jaminan bahawa hak - hak bagi masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu akan sentiasa terpelihara.

#MalaysiaSejahtera
© all rights reserved
made with by templateszoo