NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sejarah Tercipta : Gagasan Sejahtera Negeri Johor Dilancarkan





Tanggal 7 Januari 2018 telah mencatatkan satu lagi sejarah penting khususnya di Johor apabila gabungan parti politik dan NGO berjaya dilancarkan bagi membentuk Gagasan Sejahtera (GAGASAN) untuk menghadapi PRU ke 14. 

GAGASAN merupakan sebuah gabungan politik parti-parti pembangkang di Malaysia. Bermula dengan membentuk Blok Kuasa Ketiga pada 16 Mac 2016 yang dianggotai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) maka pada 13 Ogos 2016 Blok Ketiga ini secara rasminya dipanggil Gagasan Sejahtera.

Johor adalah merupakan negeri yang kedua melancarkan GAGASAN selepas negeri Selangor. 

YB Ustaz Idris bin Ahmad, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang telah merasmikan GAGASAN negeri Johor pada malam tadi di Hotel Tropical Inn, Johor Baharu disaksikan oleh kira-kira 500 perwakilan yang hadir dari seluruh negeri Johor.

Berikut adalah pimpinan yang telah memberikan ucapan pada malam tadi, selain daripada YB Ust Idris adalah ;


YB Ustaz Abdullah bin Hussin
- Pesuruhjaya PAS Negeri Johor/AJK PAS Pusat

Datuk Huan Cheng Guan 
-Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia

Encik Ahmad Zainuddin bin Zulkefly
- Pengerusi Protem IKATAN negeri Johor/Ahli Dewan Tertinggi IKATAN Pusat

Haji Abd Aziz bin Pardan
- Penolong Setiausaha Agung BERJASA

Dr Mohd Mazri bin Yahya
- Pengerusi NGO UMMAH Negeri Johor

Ucapan yang telah disampaikan oleh para pimpinan pada malam tadi memperlihatkan satu komitmen dan keazaman yang tinggi untuk berhadapan dengan PRU ke 14 menentang parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ke arah membentuk sebuah kerajaan yang lebih sejahtera untuk negara Malaysia yang tercinta.


Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengarah Majlis Pelancaran GAGASAN negeri Johor
19 Rabi'ul Akhir 1439 bersamaan 7 Januari 2018 
© all rights reserved
made with by templateszoo