NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perak: PRU14, Nizar mungkin tukar DUN lagi? 




Terdapat kemungkinan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Changkat Jering (PAN) akan bertukar kawasan bertanding Dewan Undangan Negeri lain di Perak dalam pilihan raya ke-14 nanti

Menurut sumber, terdapat cadangan untuk menukar Nizar dari kawasan luar bandar ke Dun Sungai Rapat, sebuah kawasan DUN di bawah parlimen Gopeng   yang lebih hampir dengan ibu negeri Ipoh tetapi  belum dapat disahkan. lagi.

Parti Amanah Negara (PAN) menjangkakan mendapat sokongan di Sungai Rapat walaupun ia merupakan kerusi PAS sekarang. Dua lagi kerusi DUN di parlimen Gopeng iaitu Simpang Pulai dan Teja merupakan kubu kuat PKR serta mungkin dapat memberi bantuan sumber ke Sungai Rapat.

Desas-desun ini sangat tinggi kerana Nizar tidak ada Dun yang kekal. Pada PRU ke-12, 2008 Nizar memenangi Dun Pasir Panjang dalam parlimen Lumut. Manakala dalam Pilihanraya umum ke-13 pada 2013 pula, beliau berhijrah ke Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi dalam pilihanraya kecil pada tahun 2009.

Tidak mustahil desas desus beliau akan berhijrah sekali lagi ke dun Sungai rapat tidak mustahil dalam PRU ke-14 ini. Apatah lagi ifahamkan, Nizar menetap di Sungai Rapat dan menjadi ahli PAN di situ.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo