NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri.

Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan IMAMS bagi permohonan visa umrah

IMAMS yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diperkenalkan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelaksanaan-sistem-pemantauan-manasik-bersepadu-imams-dibatalkan-163126

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo