NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kajian Invoke Rafizi Tak Boleh Pakai?



“Kajian yang dibuat seolah tidak berpijak di bumi nyata, PAS telah lama memberi komitmen politik kepada rakyat sejak sebelum merdeka dan konsisten memperjuangkan hak rakyat berpaksikan syariat Islam" - Dr. Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.

Pengasas Invoke, Rafizi Ramli perlu perbetulkan PKR sebelum sibuk dengan kajiannya tentang sokongan rakyat terhadap PAS dan UMNO, kata Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, kajian Invoke tidak boleh digunapakai kerana hanya menggunakan maklumat dalaman PKR sahaja.

Malah umum juga mengetahui parti yang berpengaruh untuk orang Melayu adalah hanya UMNO dan PAS sahaja, bukan parti lain termasuk PKR.

“Saya nasihatkan Rafizi lebih giat lakukan kajian berkaitan kedudukan dan pengaruh PKR atau Pakatan Harapan, berbanding menyibuk dalam hal dalaman parti lain.

“Mungkin Invoke terlupa fakta, parti politik Melayu yang berpengaruh di Malaysia hanya PAS atau UMNO. Eloklah mereka buat kajian khususnya dalam kalangan pengundi wanita luar bandar daripada membuang masa mengkaji kekuatan parti politik seteru mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi nengulas kenyataan Rafizi yang mendedahkan sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan PAS merosot.

Sokongan pengundi kepada PAS dikatakan merudum dalam tempoh 12 bulan, iaitu hanya 14 peratus pengundi Melayu akan mengundi PAS dalam pertandingan tiga penjuru, berbanding 25 peratus dalam kaji selidik yang sama Januari lalu.

Manakala 41 peratus daripada pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi UMNO.

Namun Ahmad Fakhruddin berkata pendedahan itu hanyalah perang psikologi bertujuan mengalih fokus pengundi Melayu daripada memilih PAS pada PRU14.

“Kajian yang dibuat seolah tidak berpijak di bumi nyata, PAS telah lama memberi komitmen politik kepada rakyat sejak sebelum merdeka dan konsisten memperjuangkan hak rakyat berpaksikan syariat Islam,” katanya.

Menurutnya, biarpun dimomok dengan hasil kajian seumpama yang tidak memihak kepada parti itu, PAS tetap istiqamah dan tidak terpengaruh dengan pendedahan yang cuba dimainkan pihak lawan.

“Ia tidak melemahkan PAS, sebaliknya beri suntikan semangat dan iltizam kepada ahli-ahlinya untuk terus berkempen dan menang kerusi ditandingi pada PRU14,” katanya.

Ahmad Fakhruddin turut berkata, PAS langsung tidak terkesan dengan hasil kajian Invoke kerana parti itu bersandarkan kepada maklumat kajian dalaman parti dan tidak bergantung kepada input parti lawan.

“Rafizi tak perlu bersusah payah sibukkan diri untuk jadi penentu sokongan rakyat terhadap PAS, lebih baik beliau tumpu pada usaha mantapkan parti sendiri,” katanya.



Wartawan Watan-Online
© all rights reserved
made with by templateszoo