Baitulmaqdis : PAS Harap Malaysia, OIC Capai Resolusi   



PAS berharap Malaysia dan negara Islam yang lain dapat mencapai resolusi yang proaktif semasa sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berlangsung di Turki, pada Rabu. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau berharap resolusi yang dicapai itu nanti tidak sekadar resolusi protes tetapi mestilah satu tindakan yang berkesan dalam membincangkan kesan pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (Amerika). 


“Yahudi bukan kuat tetapi mereka mempengaruhi politik negara barat khususnya Amerika. Mana-mana Presiden Amerika yang nak menang pilihan raya mesti menyokong Israel tetapi presiden terdahulu lebih bersikap orang politik dan tahu tentang (impak pengumuman itu) kerana dunia Islam ada pengaruhnya. 

“Walaupun mereka buat janji nak bagi tapi mereka tak tunaikan, tangguh-tangguh. Tetapi Presiden Amerika (sekarang), Donald Trump ini orang perniagaan, (dia) politik secara berniaga bukan politik betul maka dia bertindak drastik. 

“Kita difahamkan beliau mendapat tentangan bukan sahaja dari negara Islam, malah termasuk dari negara barat termasuk orang Amerika sendiri. Hari ini dah ada kajian daripada pengamal undang-undang untuk mengkaji bagaimana Trump boleh dipecat sebagai presiden sebagaimana presiden dulu,” katanya.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget