NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Acuan gabungan politik Malaysia terbentuk di hadapan kedutaan Amerika



JUMAAT bersejarah 8 Disember 2017 hampir seluruh wakil-wakil politik berarak dan berkumpul di hadapan bangunan kedutaan Amerika Jalan Tun Razak bagi menyatakan sikap solidariti rakyat Malaysia kepada Palastin.


Ribuan berkumpul untuk sampaikan mesej kepada Presiden Amerika Donald Trump kerana mencetuskan polimik baru Asia Barat. Percubaan pengiktifaran Baitulmaqdis sebagai ibu negara syaitan dunia Israel.




Di sini menampakan umat Islam Malaysia boleh bersama dalam beberapa perkara. Selama ini ramai rakyat Malaysia kabur mengenai apa yang sering PAS sebut. Blok ketiga dalam menghadapi PRU14. PAS sudah jenamakan Gagasan Sejahtera. PAS bersama beberapa parti dan ratusan Ngo bersedia ke arah Politik Blok ketiga.



Perhimpunan selepas jumaat itu menjadi skrin gambaran blok ketiga. Hampir semua parti politik turun kecuali DAP. Sikap DAP sememang hampir sama dengan Israel. Bahkan tidak kasar jika DAP membudayakan sikap Israel di Malaysia.

Jika parti pemerintah umno boleh turun walaupun hanya diwakili pemudanya, ini sudah cukup memberi isyarat, rakyat Malaysia atau umat Islam Malaysia boleh duduk bersekali dalam menghadapi ancaman kepada Umat Islam. Ini DAP kena sedar.

Tidak mustahil PRU14 semua Parti Islam, NGO-NGO Islam akan merencanakan satu Gagasan Baharu membentuk Blok Kerajaan menanti. Blok Islam akan menumpukan memberi isyarat kepada DAP agar jangan terlalu celupar dan sombong bila berbicara tentang Islam.

Blok Islam juga akan bergabung bagi memastikan DAP tidak dapat capai impian memerintah Malaysia, bahkan akan menjadi pembangkang di Pulau Pinang selepas PRU14.

Tiada lagi andaian PAS akan bergabung dengan UMNO, tetapi akan terlahir Blok Islam akan bersatu hati, bergabung membentuk satu penyatuan ummah di Malaysia. Ini jelas Himpunan semalam memberi gambaran semua parti Islam, Ngo Islam dan pendokong-pendokong bukan Islam yang cintakan kesejahteraan bersama Islam boleh bersolidari bersama.

Benar dan tepat ungkapan Tuan Guru Presiden PAS, 'ISLAM MESTI MEMIMPIN' ayuh.... kadang kala penyatuan tidak hadir dengan rundingan bertahun-tahun, tetapi hanya hadir diatas kebersamaan Kematangan, Kesejahteraan demi kelangsungan Keharmonian kita rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Sekian Catatan Noja
Kuala Lumpur 09 Disember 2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo