Seks untuk kerja: PAS lapor polis




Pihak berkuasa digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin itu, yang juga seorang guru di sebuah sekolah Tamil.“Di dalam video yang sudah tular di media sosial menunjukkan dia telah melakukan seks dengan beberapa pelajar lain sebelum itu. - Balasubramaniam, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) 

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pemimpin cawangan MIC meminta habuan seks daripada seorang remaja.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua DHPP N Balasubramaniam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada jam 11.50 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, Balasubramaniam menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin itu, yang juga seorang guru di sebuah sekolah Tamil.

“Di dalam video yang sudah tular di media sosial menunjukkan dia telah melakukan seks dengan beberapa pelajar lain sebelum itu.

“Polis dan Kementerian Pendidikan perlu ambil tindakan tegas dan menyiasat pihak lain yang terlibat sama dalam kejadian itu,” kata Balasubramaniam kepada pemberita di luar bangunan IPD Sentul, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan dilaporkan tidak akan teragak-agak memecat seorang guru yang dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya, baru-baru ini, jika sekiranya didapati bersalah.

Berdasarkan rakaman perbualan, lelaki 56 tahun itu didakwa menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat pelajar itu menyerahkan tubuhnya.

Suspek difahamkan telah melepaskan jawatannya dalam MIC susulan tersebarnya rakaman terbabit.

Hadir sama Naib Presiden PAS Idris Ahmad.dan Ketua Muslimat Nuridah Mohd Salleh.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/400462
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/3642-laporan-polis-isu-gangguan-seksual-kepada-pelajar
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget