Utamakan Hospital Rakyat Sebelum Bina Untuk Rohingya




Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan Malaysia akan membina hospital bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkan etnik Rohingya di Bangladesh.

Tindakan murni oleh kerajaan itu boleh dipuji tetapi rakyat di negara sendiri perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.

Apa yang mengecewakan saya, di Malaysia sendiri masih banyak lagi hospital yang diperlukan dan dijanjikan sejak sekian lama terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang sehingga hari ini masih tiada sebarang projek kelihatan.

Sebagai contoh di Pendang Kedah, Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 telah menyenaraikan Hospital Daerah Pendang untuk pembinaan. Malangnya sehingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh kerajaan itu masih belum menjadi kenyataan.

Untuk pengetahuan, Hospital Pendang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan keluasan 16.8 hektar tetapi ditunda kepada RMK-10 atas sebab tertentu dan sehingga sekarang Hospital Pendang belum dilaksanakan setelah kerajaan memutuskan untuk membinanya dalam RMK-11.

Sebaliknya, Zahid menyatakan hospital medan itu akan dibina dalam tempoh sebulan sebaik mendapat kelulusan daripada kerajaan Bangladesh. Bagaimana dengan nasib hospital-hospital yang sedang 'sakit' di negara ini?

Sejak dahulu lagi, banyak rungutan yang diterima khususnya hospital di luar bandar yang kekurangan wad dan katil pesakit sehingga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih jauh dari tempat tinggal mereka.

Saya turut berasa hairan pada masa negara kita mengutip pelbagai cukai daripada rakyat, namun masih banyak lagi tempat di negara ini tiada kemudahan asas yang diperlukan.

Selain itu, ekonomi negara juga dalam keadaan tenat sehingga rakyat sekarang terpaksa membeli ubat di luar ekoran bekalan di hospital telah dicatu.

Justeru, atas faktor mengambil kira bilangan penduduk, beban dan kompleksiti penyakit, selain peningkatan fasiliti kesihatan serta perkhidmatan kesihatan, khususnya yang memerlukan, hospital-hospital sedia ada juga perlu dikemaskini.

IDRIS AHMAD merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Ijok. 


Sumber:https://m.malaysiakini.com/news/398735#vIHzyUiqeEFvl2TR.99
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget