Tawaran PH untuk Sarawak hanya pancing undi?



KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menganggap Pakatan Harapan (Harapan) hanya memancing undi untuk pilihan raya semasa berceramah di pekarangan parkir kereta di hadapan pasar raya di BDC, di Kuching pada Ahad lepas.

Mengulas lima teras tawaran baharu yang ditawarkan Harapan selepas Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan Mardi Sarawak 2017, Uggah berkata perkara yang dikemukakan sudah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Lima tawaran teras yang dikemukakan Harapan menyentuh hak kerajaan wilayah, hak petroleum, hak prasana asas dan pembangunan tanah, hak pendidikan berkualiti, hak pembangunan ekonomi saksama dan memperkasa belia, wanita dan minoriti.

Sementara, memetik Utusan Borneo pada Selasa, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, jika Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang berada dalam Harapan, beliau tidak percaya dengan jaminan yang diberikan mereka.

Menurut sumber tersebut, Masing bertanya, Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang di mana mereka sebelum ini dan apakah yang telah mereka lakukan untuk Sarawak? – Sarawakvoice
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget