PRU 14: PSM umum calon baru untuk DUN Semenyih



Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah memperkenalkan bakal calonnya bagi
kerusi DUN Semenyih dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) - seorang
pendatang baru yang berusia 23 tahun, Nik Aziz Afiq.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama rakan-rakannya dari PSM, Nik Aziz
gembira kerana partinya membuat keputusan untuk memilihnya sebagai
bakal calon di situ.

"Jarang sekali anak muda seperti saya diberi kerusi (untuk bertanding).

"Walaupun yang lain mungkin mempunyai kelayakan universiti yang
berprestij, ada juga dari luar negara, saya adalah lulusan SPM tanpa
latar belakang dalam politik.

"Saya anak muda dari kelas pekerja, dari akar umbi," katanya selepas
mengadakan tinjauan di Pasar Besar Kajang.

Nik Aziz adalah seorang tukang urut, yang bekerja di sebuah pusat urut
pada waktu siang.

Ketika ditemui Malaysiakini, Nik Aziz berkata. selepas bekerja, beliau
akan pergi rumah ke rumah untuk mengurut bagi menambah pendapatan.

Menurutnya, beliau mengurut secara tradisional Melayu.

Beliau merupakan sukarela NGO Royalti di Kelantan apabila pertama kali
bertemu dengan wakil PSM yang membantu penduduk setempat, walaupun
parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di negeri tersebut.

Tertarik dengan apa yang dilihatnya, beliau menyertai parti itu pada tahun 2015.

"PSM mempunyai sesuatu yang parti lain tidak ada, iaitu konsistensi.

Sejak kita bermula pada tahun 1998 hingga 2008 dan sehingga tahun
2018, PSM secara konsisten berjuang untuk keperluan rakyat.

"Apabila orang mempunyai isu perobohan, mereka akan cari PSM. Apabila
orang ditindas, mereka akan cari PSM," katanya.

Suara akar umbi

Ketika ditanya apa yang boleh ditawarkannya kepada pengundi Semenyih,
Nik Aziz cepat menjawab yang dia akan membawa suara pengundinya,
sekiranya dia menang.

"Setiap isu yang dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan
diterangkan kepada semua kampung di Semenyih.

"Kita akan membawa suara rakyat dalam pendebatan di DUN. Semua
keputusan, sama ada untuk bersetuju atau tidak, akan dibincangkan
dengan rakyat terlebih dahulu," katanya sambil menambah bahawa tidak
akan ada di mana wakil rakyat membuat semua keputusan.

Jelasnya, dia akan mengumumkan asetnya secara terbuka dan akan
"membawa suara orang muda" jika dia terpilih.

Sementara itu, Nik Aziz berkata beliau akan meneruskan kerjayanya
walaupun jika selepas menjadi wakil rakyat Semenyih.

"PSM tidak mempunyai rakan yang menyumbang banyak wang kepada kami.
Seperti Dr Michael Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput), sebahagian
besar elaun saya (sebagai wakil rakyat) akan disumbangkan kepada pusat
khidmat untuk membantu rakyat.

"Jadi, saya boleh teruskan sebagai tukang urut. Bukan sahaja saya
dapat mengenali orang Semenyih dengan lebih baik, saya juga akan dapat
bertahan tanpa perlu bergantung kepada dana luar. Itu penting bagi
saya," katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget