Sejak 2008, gabungan parti yang sama tadbir Selangor - 1Media.My

Header Ads

Sejak 2008, gabungan parti yang sama tadbir Selangor



Oleh Bahari Salleh

Mereka yang mengatakan Pakatan Rakyat telah mati sepatutnya menerima kenyataan bahawa realitinya negeri Selangor ditadbir oleh gabungan parti-parti yang sama sejak 2008.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Penggerak Harapan Rakyat Negeri Selangor (HASRAT), Haji Shafie Ngah, 3 parti yang menubuhkan Pakatan Rakyat masih mentadbir negeri Selangor walaupun nama Pakatan Rakyat tidak ditulis pada kain rentang atau poster majlis-majlis.

Katanya rakyat tidak keliru kerana mereka melihat gabungan 3 parti yang mentadbir sejak 2008 terus mentadbir tanpa apa-apa perubahan. Exco Kerajaan Negeri masih terdiri dari parti PAS, PKR dan DAP. Kerjasama di antara mereka juga berjalan dengan baik.

Shafie yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Negeri Bangi turut  berpandangan mereka yang menjaja cerita kononnya rakyat keliru mempunyai niat yang tersendiri.

"Rakyat dapat menerima cara negeri ini ditadbir dan berpuas hati dengan kerajaan negeri hari ini maka hentikanlah kerja-kerja menghasut rakyat", Shafie mengingatkan. (1Media.my)