Penyamun nak tangkap perompak? - 1Media.My

Header Ads

Penyamun nak tangkap perompak?


Bila US nak campur tangan hal urusan negara lain, alasan klasik mereka ialah untuk menegakkan hak asasi manusia, keadilan, kebebasan dan mengembalikan hak rakyat.Bila mereka masuk, maka Iraq adalah contoh nyata di depan mata. Apa yang berlaku ialah kemusnahan, pembunuhan, pencabulan dan perogolan serta perompakan khazanah minyak Iraq.Penjara Abu Gharib, Baghdad berubah menjadi neraka mirip Guatanamo. Tahanan dibogel, dibelengu, diseret dengan tali anjing, dikencing mayat mereka. Penyeksaan dalam penjara Abu Gharib usah diceritakan lagi. Inilah hak asasi gaya US! - Dr Azman Ibrahim

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Bila US nak campur tangan hal urusan negara lain, alasan klasik mereka ialah untuk menegakkan hak asasi manusia, keadilan, kebebasan dan mengembalikan hak rakyat.

Bila mereka masuk, maka Iraq adalah contoh nyata di depan mata. Apa yang berlaku ialah kemusnahan, pembunuhan, pencabulan dan perogolan serta perompakan khazanah minyak Iraq.

Penjaga Abu Gharib, Baghdad berubah menjadi neraka mirip Guatanamo. Tahanan dibogel, dibelengu, diseret dengan tali anjing, dikencing mayat mereka. Penyeksaan dalam penjara Abu Gharib usah diceritakan lagi. Inilah hak asasi gaya US!

Kitab al Quran dijadikan sasaran menembak Tentera US dan muslimat Iraq dirogol. Kes rogol yang berlaku tak terkira lagi. Malah ada kes tentera Amerika merogol seorang gadis dalam rumah yang diserbu dan semua ahli keluarga gadis tersebut ditembak mati.

Fallujah, sebuah bandar Muslim Sunni yang sangat indah dengan penduduknya yang taat beragama sehingga Fallujah digelar 'Madinatul Masaajid' atau Bandar Masjid disebabkan bandar ini mempunyai begitu banyak masjid dibumi hanguskan oleh US. Ratusan ribu penduduknya terpaksa meninggalkan Fallujah menjadi pelarian di negera sendiri.

Apakah kebebasan bagi US bermakna merobohkan patung Saddam Hussein? Apakah hak asasi manusia telah berjaya ditegakkan apabila Saddam maut di tali gantung? Kebebasan apa yang diperjuangkan oleh US sehingga sekarang ini rakyat hidup 'di bawah bayangan maut' setiap hari? Sekarang rakyat Iraq mengeluh, "kalaulah Saddam masih ada tentu kehidupan kami akan lebih baik..."

Iraq yang asalnya sebuah negara terkaya dengan nilai matawang Dinar Iraq adalah yang tertinggi di dunia, sekarang tersenarai dalam kumpulan negara miskin di dunia. Bayangkan dulu 1 Dinar Iraq bersamaan USD3.30. 

Kemakmuran apa yang dijanjikan oleh US dengan menjatuhkan Saddam kalau rakyat terpaksa keluar dari negara sendiri untuk mencari peluang pekerjaan. Kata kawan-kawan Iraq yang datang mencari rezeki di Malaysia, "Azman! Iraq bumi tempat awak belajar dulu sudah tiada hari esok!"

Saya tak pernah percaya, tidak percaya dan tak akan percaya dengan sebarang kata manis US walaupun atas nama menegakkan undang-undang dan keadilan dan nak tangkap perompak. Hakikatnya mereka adalah kepala penyamun! Mana mungkin kita boleh percaya kepada kepala penyamun untuk tangkap perompak.

Dr Azman Ibrahim
1 Julai 2017.