NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendedahan Rafizi Tentang Nasharuddin terima dana 1MDB tiada kena mengena dengan PAS - Takiyuddin

PAS Pusat menyerahkan perkara Akaun Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada Pihak Berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun PAS berpandangan ianya kekal berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau mengesahkannya. - Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS


1. PAS Pusat ingin menyatakan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Dato' Dr. Nasharudin Mat Isa, tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan tersebut pada tahun 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura 'Ulamak PAS.

2. PAS Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen PAS (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).

3. PAS Pusat menyerahkan perkara Akaun Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada Pihak Berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun PAS berpandangan ianya kekal berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau mengesahkannya.

4. Dalam masa yang sama PAS menggesa YB Saudara Rafizi Ramli agar turut dengan segera membuat Akaun Bersumpah tentang dakwaan 'bersifat rasuah' yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin Keadilan yang lain Untuk makluman dan pertimbangan rakyat Malaysia.

Terima kasih.

DATO' TAKIYUDDIN HASSAN
SETIAUSAHA AGUNG PAS

Bertarikh: 13 April 2017.
© all rights reserved
made with by templateszoo