NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skandal Penjualan Tanah : Pemuda PAS Tidak Terlibat


Saya menafikan sebarang pembabitan saya secara peribadi mahupun saf Pemuda PAS sekarang secara organisasi dengan skandal penjualan tanah seperti yang dilaporkan oleh pakar berikutan laporan seorang lelaki di Melaka baru-baru ini. - Ahmad Fadhli Shaari

1. Saya menafikan sebarang pembabitan saya secara peribadi mahupun saf Pemuda PAS sekarang secara organisasi dengan skandal penjualan tanah seperti yang dilaporkan oleh pakar berikutan laporan seorang lelaki di Melaka baru-baru ini. Laporan polis tersebut menyatakan bahawa beliau telah ditipu oleh seorang ahli dewan undangan negeri DAP dan telah menyalurkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut.




2. Sebahagian daripada wang tersebut dikatakan telah disalurkan kepada 'ketua pemuda PAS cawangan pasir mas' sebanyak RM448,300.00 bernama Mohd Hafiz Mohd Rasdir sebagaimana yang disebut di dalam laporan polis tersebut. Ia dikatakan untuk tujuan dana PRU13 yang lalu.

3. Adalah dimaklumkan bahawa penama tersebut tidak pernah memegang apa-apa jawatan di dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas. Saya secara peribadi pula tidak pernah tahu menahu berhubung isu ini. Untuk rekod, saya diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Pasir Mas bermula hujung tahun 2013.

4. Memandangkan isu ini sudah berada di dalam siasatan pihak polis, saya menyeru semua pihak agar dapat menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan.
Sekian.


Ahmad Fadhli Shaari
20 Mac 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo