NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pandangan Politik Veteran PAS, Subky Latif


PAKATAN HARAPAN tidak ada "belas ehsan" kepada parti PAN sendiri. Mereka tidak sanggup untuk memberikan kerusi mereka kepada parti PAN, rakan PH mereka sendiri. Mereka hanya mahu PAS bersama PH untuk melindungi niat mereka yang tersirat iaitu mereka nak 'perkudakan' PAS apabila bersama dengan PH, PAS berkorban kerusi untuk PAN dan BERSATU. Itu yang menjadi objektif utama mereka - Pak Subky


Dalam PAS ada beberapa orang tokoh politik veteran yang pandangan politiknya sangat baik untuk difahami dan dikaji. Salah seorangnya ialah Tuan Haji Subky Abdul Latif.

Tokoh wartawan dan orang lama dalam PAS, Tuan Haji Subky Abdul Latif mempunyai pandangan politik yang saya rasa boleh kita jadikan panduan untuk masa depan PAS terutama dalam isu-isu terkini, PAS yang sering diserang oleh pembangkang sendiri terutama PAKATAN HARAPAN.

Subky berkata PAS tidak ada pilihan yang banyak buat masa ini. Katanya jika pembangkang bersatu nescaya UMNO/BN mudah dijatuhkan. Bersatu bukan bermakna bersama dengan Pakatan Harapan tetapi bersama-sama menjatuhkan BN dan UMNO.

Konsep bersama yang dikemukan oleh PAS iaitu PAS akan bertanding disemua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU-13 lalu jika dipersetujui oleh PAKATAN HARAPAN memang UMNO dan BN mudah dijatuhkan dan pembangkang tidak menghadapi masalah besar. Tidak akan wujud dan berlaku kecamuk seperti sekarang dalam pembangkang.

Tapi malangnya PAKATAN HARAPAN tidak ada "belas ehsan" kepada parti PAN sendiri. Mereka tidak sanggup untuk memberikan kerusi mereka kepada parti PAN, rakan PH mereka sendiri. Mereka hanya mahu PAS bersama PH untuk melindungi niat mereka yang tersirat iaitu mereka nak 'perkudakan' PAS apabila bersama dengan PH, PAS berkorban kerusi untuk PAN dan BERSATU. Itu yang menjadi objektif utama mereka.

Mereka nak jadikan PAS tangga untuk dipijak.
Bila PAS setuju PAS bodoh dan diperbodohkan.
Bila PAS tak setuju dijaja pula PAS nak UG dengan UMNO.
Ini POLITIK JAHAT PAKATAN HARAPAN.

Subky berkata adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan PAS. 

Kata Subky lagi “parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian" jadi PAS tak ada pilihan.

"PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya" tanpa ada halangan.

Tambah Subky “Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat"

Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian, maka pilihan PAS tidak ada melainkan bertanding bersendirian. 

Saya setuju.

Mungkin pada masa sekarang PAS 'sakit' dan 'menderita' kerana PAS terpaksa berhadapan dengan UMNO dan juga dengan fitnah dan tohmahan JAHAT PAKATAN HARAPAN.

Percayalah, PAS tetap utuh dan menjadi kuat. PAKATAN HARAPAN pasti akan hancur dan kepalsuan mereka dalam ikatan PH akan terbongkar. Masa itu kita akan kenal siapa sebenarnya TUN MAHATHIR dan kita akan tahu sifat 'munafik' yang ada dalam pimpinan parti PAN yang mengkhianati JANJI dan SUMPAH SETIA kepada JAMAAH ISLAM dan perjuangannya. Kita akan sedar dalam PKR juga ada 'najis-najis UMNO' yang sembunyi disebalik kata-kata manis reformasi. Sudah pasti kita juga dapat melihat dengan jelas sifat ANTI-ISLAM DAP                        
© all rights reserved
made with by templateszoo