NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Menghapuskan Matrikulasi



1) GPMS Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa kesal, kecewa dan sedih dengan kenyataan yang dibangkitkan ketika sidang parlimen oleh wakil rakyat Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah Mahmud yang mahukan matrikulasi dihapuskan.

2) Pertamanya kita ingin tahu apakah asas kepada dakwaan beliau? Adakah berdasarkan persepsi semata-mata atau ia adalah berdasarkan kaji selidik dan fakta yang kukuh? Namun berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beliau ketika sidang parlimen, tidak ada sebarang statistik atau fakta  kukuh yang dikemukakan. 

3) Sebagai wakil rakyat dan bekas pensyarah, adalah amat tidak bertanggungjawab dan sangat menjengkelkan sekiranya dakwaan atau kenyataan tersebut dibuat di dalam parlimen berdasarkan persepsi semata-mata.      

4) GPMS Negeri Pulau Pinang juga melihat kenyataan beliau ini seolah-olah mahu menafikan hak pelajar bumiputera dalam memasuki universiti melalui program matrikulasi. Kami juga berpandangan,  kenyataan beliau juga membuka ruang kepada golongan bukan bumiputera untuk memandang negatif terhadap program matrikulasi dan yang lebih merbahaya ia adalah langkah permulaan kepada penafian hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.  

5) GPMS Negeri Pulau Pinang ingin menasihati YB Dr Siti Mariah supaya menumpukan usaha membantu pelajar-pelajar Melayu dan bukannya bersekongkol dengan musuh-musuh Melayu dan menjadi jurucakap mereka dalam menghancurkan masa depan anak bangsa sendiri.      

6) Kita mendoakan semoga YB Dr. Siti Mariah Mahmud diberikan taufik & hidayah Allah dan kembali ke pangkal jalan. Kita juga ingin menasihati beliau supaya jangan mempolitikkan isu pendidikan terutamanya membabitkan bangsa Melayu yang akhirnya akan merugikan bangsa kita sendiri. Janganlah kita menjadi petualang atau pengkhianat bangsa sendiri memata-mata mahu memenangi hati bangsa lain.  

Sekian, terima kasih.      
                           
AZDY MOHD ARSHAD                                                      
KETUA PENERANGAN
GPMS NEGERI PULAU PINANG
© all rights reserved
made with by templateszoo