NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika Saluran  TV Hanya Ada TV3

Program maksiatnya,tak perlu dibicara.Program berita yg diharap penuh amanah mencerita yg benar, tetapi penuh propaganda, kerajaan semua betul,baik,maksum, pembangkang semua jahat, sampai ulamak pun jahat.Gambar dan berita ikan paus mati terdampar lebih utama dari berita seorang ulamak yg mendidik masyarakat yg mati.Cerita artis bercerai lebih penting dari harga barang yg makin naik.

Saya tidak suka tengok tv tetapi terpaksa tengok  bila duduk dikerusi dailisis selama 4 jam tiga kali seminggu kerana tv depan mata dan berkongsi dg pesakit lain.Mau tak mau,kena tengok,paling kurang,kena dengar.Kalau saluran tv di Malaysia ini hanya tv3,saya rasa lebih baik tv dibuang dlm tong sampah.Kik,kik,kik.

Program maksiatnya,tak perlu dibicara.Program berita yg diharap penuh amanah mencerita yg benar, tetapi penuh propaganda, kerajaan semua betul,baik,maksum, pembangkang semua jahat, sampai ulamak pun jahat.Gambar dan berita ikan paus mati terdampar lebih utama dari berita seorang ulamak yg mendidik masyarakat yg mati.Cerita artis bercerai lebih penting dari harga barang yg makin naik.

Drama yg asalnya dicipta untuk mendidik masyarakat kini disempitkan dg kisah cinta orang kaya,orang professional,macamlah orang kampung,nelayan,orang miskin,tiada kehidupan,lalu tidak sesuai buat drama.Tengok tajuk pun dah nak muntah,baik tengok drama tamil,paling kurang pun boleh gelak dg kegagahan heronya yg super duper,berbanding drama melayu yg  wajib ada adegan teriak tangis bagaikan rukun dalam drama melayu.Hidup ni cinta shj ka,kisah kawin shj ka, sempitnya pemikiran orang di tv.Bukalah sikit pemikiran dari hanya melihat KLCC di Kuala Lumpur, mai tengok Carok Sejuk di Sik,Buk Bak di Baling, Tongplu di Pedu.

Iklan tv lagi teruk terutama bila beberapa jutawan kosmetik melayu yg nak jadi makin kaya mengiklan.Tergedik-gedik laki bini macam ikan keli kena katok kepala, iklan macam bebudak hingusan.Kita kehilangan pengarah filem iklan seperti Yasmin Ahmad dan Maurice Noone yg menghasil iklan petronas yg cukup menyentuh hati dan mendidik sambil mengiklan,sama seperti kebanyakan filem iklan Thailand.Iklan kita hanya nak jual barang,tidak peduli adab sopan,mengajak yg baik,yg penting barang mau laku.Tak cukup dg iklan,ditaja program,lagilah bertambah meluat melihatnya berulang.Unsur melampau memuji barang yg ditegah oleh nabi sudah tidak dipeduli,unsur berlakon menyumbat makanan dlm mulut penuh 'loqlaq',lahap untuk tunjuk sedap,sedangkan adab yg nabi ajar dipijak-pijak kerana matlamat nak jual barang.

Jika tv kerajaan dipenuhi kempen kerajaan yg lapuk yg tak baharui hingga bertahun contoh iklan aedes, dadah dsbnya,seolah pegawai di tv kerajaan,buat satu filem kempen,tunggulah hingga pencen, nanti pegawai baru masuk,baru fikir buat filem lain.Qualiti filem kempen malaysia macam filem budak sekolah.Filem katun Upin ipin jauh lebih baik.Tak malu ka pegawai yg  jaga hal ni.

Mungkin kerana ada tv hijrah dan beberapa program keagamaan seperti di tv 9 yg mungkin boleh menyelamat tv dari dilayak dilempar dlm tong sampah.Mengapa kerajaan biarkan media tv menjadi terlalu mata duitan hingga tidak memikir untuk menyelitkan untuk membina kesejahteraan masyarakat.Ambil contoh begini,jika Yasmin Ahmad dan Maurice Noone berupaya membina iklan yg begitu menyentuh hati,memdidik dan menyampai message Petronas dg baik dan berkesan,tidak merosakkan akhlak dan adab serta budaya,mengapa biarkan pengiklan lain berbuat sesuka hati mereka.Rakyat berhak untuk mendapat yg terbaik ,bukan hanya disumbat dg pemikiran bebudak pengiklan.Kpd usahawan melayu Islam, jangan fikir nak kaya saja,nak jual banyak,fikirlah untuk kembali kpd Allah,fikirlah kerosakan budaya,adab,akhlak yg awak lakukan kpd masyarakat.Jangan kerana kaya,awak bataskan hak kami untuk memilih dan melihat dunia dg memaksa kami hanya melihat gedik awak laki bini,melihat mekap tebal berkilo bedak dipipi.Kepada tv kerajaan,perbaharuilaih filem kempen,kreatiflah sikit,jangan suatu hari orang kebih suka tengok tv Thai.Jika duit kita ada orang kata akan jadi duit Zimbabwe,janganlah tv kita pun jadi tv Zimbabwe.

Jangan marah,hari ni bidang tulisan saya berbeza,meluah rasa,kerana saya terpaksa melihat atau sekurang mendengar tv hingga ke mati kerana saya kena berkongsi bilik dailisis seumur hidup.

Sumber:  (FB Cikgu Abdul Ghani Haron)
© all rights reserved
made with by templateszoo