NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Belum Putuskan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PPBM - Presiden PAS

Kita terbuka untuk bincang dengan parti politik di negara ini.. (tetapi) jangan jadikan PAS sekadar anak tangga untuk mereka ‘naik’ saja.


SHAH ALAM – PAS belum memutuskan untuk menjalin kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sebarang pertemuan dan rundingan bersama PPBM setakat ini hanya berkisar kepada perkara biasa dan bukannya berkaitan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Kita terbuka untuk bincang dengan parti politik di negara ini.. (tetapi) jangan jadikan PAS sekadar anak tangga untuk mereka ‘naik’ saja (raih sokongan pada pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Muslimat Muda di sini, hari ini.

Abdul Hadi turut tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan parti pembangkang menentang Barisan Nasional pada PRU ke-14 nanti.

Beliau berkata keinginan pakatan DAP-PKR-PAN untuk bekerjasama dengan PAS bagi elak berlaku pertandingan tiga penjuru dilihat sebagai tindakan terdesak mereka selepas PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

“Kalau PAN bertanding tempat PAS, mereka yang wujudkan tiga penjuru, bukan kita, kita ada di kawasan asal sejak tahun 1950-an. Siapa yang menumpang, siapa yang baharu datang, itu kena sedarlah,” katanya. – BERNAMA
© all rights reserved
made with by templateszoo