NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam Untuk Semua: Solidariti Untuk Rohingya

Islam amat menitikberatkan perpaduan bukan perpecahan khasnya dalam isu kepentingan Islam dan hak kemanusiaan.
Kehadiran Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang di Himpunan Solidariti Ummah anjuran utama Yayasan Dakwah Islamiyyah YADIM dan Konsortium NGO Islam bersama sepentas dengan YAB PM Dato Seri Najib Abd Razak memberikan satu mesej jelas bahawa Islam amat menitikberatkan perpaduan bukan perpecahan khasnya dalam isu kepentingan Islam dan hak kemanusiaan. 






Walaupun beberapa pihak tidak senang hati melihat kemunculan Tuan Guru Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia ini hadir program sebegini, namun ketahuilah bahawa Islam sebenarnya yang mendidik dan mengajar kita tidak boleh berpolitiking sampai tidak mengenal baik dan buruk.

Tuan Guru Abd Hadi amat dihormati oleh pelbagai pihak termasuk lawannya dalam politik selaku ahli politik Islam yang senior dalam arena politik dalam negara. Keberadaan Tuan Guru dalam parlimen boleh dikatakan diantara yang paling lama memegang jawatan sebagai ahli *Dewan Rakyat sejak tahun 1990 lagi dan lelainnya masih dianggap baru. Tambahan lagi beliau bukan hanya diiktiraf dalam negara sebagai ahli politik Islam malah di peringkat antarabangsa sebaris dengan ulamak disegani di seluruh dunia.
Penulis sendiri berada di pentas stadium melihat penghormatan diberikan oleh para pimpinan UMNO, pak menteri-menteri dan NGO ketika ketibaan Tuan Guru di pentas Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Titiwangsa Kl pagi ini amat terasa auranya.  


Para pimpinan di atas pentas berdiam dan menumpukan perhatian dengan ketibaannya dan serta dilarang bercakap-cakap sesama mereka sewaktu Tuan Guru menyampaikan ucapan. Malah sebahagian mereka  menegur antara satu sama lain agar dilarang bercakap dan membuat bising sewaktu Tuan Guru berucap. Bulu roma menegak menyelusuri setiap perkataan yang diungkapkan oleh Tuan Guru menyampaikan dakwah dan saranan mesej Islam di hadapan ribuan hadirin peserta himpunan termasuk dari kalangan pelbagai latarbelakang politik dan kumpulan. Malah telahan dikatakan bahawa sekiranya Tuan Guru tidak hadir pada himpunan ini kemungkinan program ini tidak seramai ini dan tidak berjaya secara holistiknya.
Semoga perhimpunan dan kehadiran Tuan Guru Presiden PAS di pentas bersejarah ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan ummah dan perjuangan Islam dan tersampai mesej dakwah Islam yang dibawa oleh PAS.
Nukilan
Ustaz Muhammad Najhan HalimTimbalan Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) 4 Disember 2016/5 Rabiul Awwal 1438H.

Gambar: Team Foto JITP
© all rights reserved
made with by templateszoo