NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Sungai Semenyih: DUN Selangor kecoh

Sebelum hendak bawa isu masuk (ke dalam DUN), hadirlah dengar penggulungan, dengar jawapan… mana (ADUN) Kota Anggerik semasa saya jawab soalan seperti ini?


SHAH ALAM, 10 Nov: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini tegang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk Exco bertelagah sesama sendiri semasa sesi pertanyaan lisan berlangsung.

Ketegangan bermula apabila Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) tidak berpuas hati soalannya berhubung masalah pencemaran air Sungai Semenyih yang berulang-ulang sehingga mengakibatkan penutupan pusat rawatan air dilangkau oleh Speaker DUN Hannah Yeoh.

Yeoh (DAP-Subang Jaya) menyatakan soalan seumpamanya dan segala yang berkaitan telah dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong Keat Ping, sebelum ini.

Yaakob sekali lagi bangun dan menyatakan soalan beliau adalah bagi meminta kerajaan negeri memperjelaskan tindakan lebih mantap yang dilakukan bagi mengelakkan masalah pencemaran Sungai Semenyih terus berulang-ulang. Wong (PKR-Bukit Lanjan) mencelah untuk menegaskan segala langkah dan tindakan berhubung isu pencemaran itu telah berulang kali diberitahu kepada DUN.

“Sebelum hendak bawa isu masuk (ke dalam DUN), hadirlah dengar penggulungan, dengar jawapan… mana (ADUN) Kota Anggerik semasa saya jawab soalan seperti ini? Saya sudah jawab semua (berkaitan isu pencemaran) 45 minit semasa penggulungan, bila kerajaan negeri jawab, ambillah perhatian. “Kita bertungkus-lumus beri jawapan tepat, kita sudah beri jawapan sejak hari kedua (sidang DUN) apa yang kerajaan negeri buat,” katanya.

http://www.themalaysiantimes.com.my/isu-sungai-semenyih-dun-selangor-kecoh/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo